10 Petua Penting untuk Kekalkan kesihatan kulit

10 Petua Penting untuk Kekalkan kesihatan kulit | Meskipun anda boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah anda,namun itu hanyalah bersifat sementara. Malahan tiada jaminan, yang barangan penjagaan kulit tersebut dapat meresap masuk ke dalam lapisan kulit dan memberikan kesan seperti yang dijanjikan.

http://www.kateginting.com/2017/10/10-petua-penting-untuk-kekalkan-kesihatan-kulit.html

Di sini saya kongsikan 10 petua penting yang boleh anda amalkan untuk kulit yang kekal sihat dan berseri.

#1 Apa yang Anda Makan itu Penting

Makanlah buah dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta karotena dan Vitamin C, E dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas.

http://www.kateginting.com/2017/10/10-petua-penting-untuk-kekalkan-kesihatan-kulit.html 

Apabila anda tidak boleh atau tidak mendapat nutrient yang mencukupi daripada makanan, anda boleh mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.

#2 Berikan Saya H2O

Mungkin ianya benar, apabila dikatakan pengambilan air yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air.

http://www.kateginting.com/2017/10/10-petua-penting-untuk-kekalkan-kesihatan-kulit.html

Dengan pengambilan air yang cukup, kulit akan jadi lebih gebu, kedutan menjadi kurang jelas dan liang pori lebih kecil. Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara effektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, sihat dan lembap.

#3 Bagaimana Posisi Tidur Anda?

Bagaimana cara anda tidur sebenarnya memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal, boleh menyebabkan kedutan serta kedutan di permukaan dahi atau pipi. Namun, tidur dengan posisi mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.

#4 Adakah Sinaran Matahari Baik untuk Kulit Saya?

Sedikit pancaran sinaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapi pendedahan yang terlalu tinggi akan merosakkan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka. Jika anda perlu keluar, gunakan krim perlindungan matahari. Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit anda daripada dirosakkan oleh sinaran matahari!

#5 Melembap, Melembap dan Melembap!

Tingkatkan penggunaan pelembap dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembap, ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.

#6 Singkirkan Stress

Tekanan atau Stress menyebabkan tubuh bertindak balas dan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif.
 
http://www.kateginting.com/2017/10/10-petua-penting-untuk-kekalkan-kesihatan-kulit.html

Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan cara semula jadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat, memberikan anda kulit yang berseri dengan pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.

#7 Hindari Sentuhan Tangan!

Tangan sentiasa membawa berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Anda digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila anda menggosok mata, mengusap dagu atau di saat anda menekup pipi.

#8 Tidur Nyenyak (Sleeping Beauty)

Semasa anda tidur dengan nyenyak, paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkarkan dari tubuh. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti dan menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.

#9 Melampaui Usia Sebenar

Urutan merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibroblas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan dan memperbaiki keanjalan kulit.

#10 Senaman Muka

Wajah anda mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain.

Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit lebih tegang, anjal dan gebu.
1. Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
2. Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
3. Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama
5. saat dan kekal tenang.
4. Buka mata dan mulut sebesar yang anda mampu. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
5. Ulanginya 3 kali setiap hari.

http://www.kateginting.com/2017/10/10-petua-penting-untuk-kekalkan-kesihatan-kulit.html

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Baca: Set “The Radiant 4” Untuk Kulit Cantik Berseri Dan Sihat Dari Dalam

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp: 016-842 5632

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?