4 Sebab Si Kecil Asyik Menyusu Di Sebelah Payu Dara Ibu Sahaja

4 Sebab Si Kecil Asyik Menyusu Di Sebelah Payu Dara Ibu Sahaja | Bila si kecil menyusu sebelah saja, saya pasti anda mesti susah hati kan. Saya sendiri pernah mengalaminya semasa si Eden umur 3 bulan. Mungkin sebab saya sendiri yang biasakan dia menyusu sebelah kiri sahaja. Masa tidur saja dia menyusu sebelah kanan. Tapi syukur masa dia 6 bulan, dia dah mula mau sebelah kanan tu. 

Saya percaya ramai ibu-ibu di luar sana mengalami masalah yang sama seperti saya dan Puan Suri. 

"Anak saya gemar menyusu sebelah kanan sahaja. Puas saya memujuknya namun tidak berhasil. Mengapa dia hanya suka sebelah payu dara sahaja? Adakah payu dara yang tidak dihisap menjadi kering? Benarkah susu payu dara kanan ibarat nasi dan kiri, air. Kini anak saya cukup dua tahun. Bagaimana untuk saya bercerai susu kerana saya sering mengalami sakit belakang di bahagian kiri?"Puan Suri, Kuala Kangsar, Perak. 

http://www.kateginting.com/2017/10/4-sebab-si-kecil-asyik-menyusu-di-sebelah-payu-dara-ibu-sahaja.html

Ini jawapan kepada persoalan Puan Suri:

1. Mengapa dia hanya suka sebelah payu dara? Adakah boleh susu yang tidak dihisap kering?

Ada kalanya bayi akan menolak atau meragam ketika menyusu daripada salah satu payu dara atas beberapa sebab. Antaranya refleks pancutan susu terlalu perlahan, terlalu laju ataupun bekalan susu berkurangan. Oleh kerana itulah, bayi lebih suka menyusu daripada payu dara yang mana aliran susunya lebih baik dan banyak. Keadaan ini juga menjadi penyebab mengapa saiz payu dara berbeza (satu besar, satu kecil). Kadang kala, ini boleh menyebabkan ibu berasa tidak selesa. Antara punca mengapa berlakunya perbezaan bekalan dan aliran susu di antara payu dara ialah :

a. Keadaan fizikal payu dara. Semua wanita mengalami keadaan sebelah payu dara mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding sebelah lagi. Keadaan ini normal. Perbezaan keadaan areola/puting agak biasa berlaku (puting tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.

b. Bayi menggemari salah satu payu dara sahaja. Kebiasaannya, bayi akan lebih menggemari satu belah payu dara. Oleh itu, dia akan menyusu dengan lebih efisyen dan kerap dan menerusi payu dara yang disukai.

c. Ibu menggemari salah satu belah payu dara. Antara sedar atau tidak, ibu kadangkala lebih suka menawarkan sebelah payu dara lebih kerap berbanding yang sebelah lagi atau anda sendiri berasa kekok. Biasanya perkara ini akan berlaku pada waktu malam apabila tidak perasan kerana terlalu letih atau mengantuk.

d.Pembedahan atau kecederaan. Jika salah satu belah payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu.

Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Oleh itu, teruskan usaha anda untuk menyusukan anak. Bayi mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi. Perlu diingat! Bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Jika dia masih meragam atau enggan, ibu harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah sekerap mungkin kerana ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan pada payu dara tersebut. (Credit: Pa&Ma)

2. Benarkah susu payu dara kanan ibarat nasi dan kiri, air?
Tidak benar. Kedua-dua payu dara menghasilkan susu yang sama.

3. Bagaimana untuk saya bercerai susu kerana saya sering mengalami sakit belakang di bahagian kiri?


Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. 

Untuk order produk, mendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:


WhatsApp: 016-842 5632 (WhatsApp sahaja)

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebatuntuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?