7 Petua Hilangkan Tercekik Tulang Menggunakan Bahan Makanan

7 Petua Hilangkan Tercekik Tulang Menggunakan Bahan Makanan | Teringat seorang pak cik di kampung meninggal sebab tercekik tulang ayam. Pak cik ni tercekik tulang ayam tapi dia biarkan saja tulang tu di tekak. Dia tak buka. Sampai dia sakit demam baru pergi hospital. 

Sampai hospital doktor tengok dah kena jangkitan. Dah tak boleh buat apa-apa. Sampai sekarang cerita tu cerita turun temurun.

Sini ada beberapa Petua nak hilangkan tercekik tulang menggunakan bahan makanan.

http://www.kateginting.com/2017/10/Petua-Hilangkan-Tercekik-Tulang-Menggunakan-Bahan-Makanan.html

1. GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.

2. NASI
Ini petua tercekik tulang yang paling biasa kita dengar daripada mak-mak.

Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.

3. MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.

4. BUAH PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.

Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.

5. CUKA MAKAN
Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka.

Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.

6. ROTI DAN LEPA KACANG
Sapu lepa kacang pada roti dan biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.

Yang ini kalau tak tercekik pun memang sedap dimakan!

7. KACANG
Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja.

Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.

Meskipun masalah tulang tersekat nampak tidak serius...

Jangan biarkan ia tersekat beberapa hari kerana ia boleh menyebabkan masalah pernafasan atau pun pendarahan dalam kerongkong.

Jadi, anda perlu mendapatkan rawatan kesihatan jika masih tidak berjaya dikeluarkan walaupun setelah mengamalkan petua tercekik tulang di atas.

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?