Tips Kurangkan Kejang Semasa Mengandung

Tips Kurangkan Kejang Semasa Mengandung | “Sejak mengandung ni malam-malam mesti ‘cramp’ kaki. Memang sakit, nak tidur malam pun takut." Kenapa ibu mengandung selalu kena penyakit ni? Ada tak cara nak elakkan sakit tu supaya tidak datang lagi?


'Cramp' atau ‘simpul biawak' adalah antara istilah yang popular di kalangan ibu hamil. Selalunya gejala ini menyerang di bahagian kaki terutamanya pada waktu tidur malam.

Biasanya kejang kaki ini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Tapi, ia sering berlaku kepada ibu hamil.

Mengapa kejang kaki sering berlaku kepada ibu hamil?

#1 Kekurangan nutrien seperti magnesium, kalsium dan garam mineral.
#2 Dehidrasi / kekurangan cecair dalam tubuh.
#3 Tekanan rahim yang semakin membesar memberi kesan kepada salur darah pada saraf kaki.
#4 Hormon kehamilan (progestron) juga memberi kesan kepada otot otot kaki.
#5 Kehamilan yang sarat membuatkan otot menjadi letih seperti selepas bersukan dan bermain membuat asid laktik berkumpul di dalam otot.
#6 Berlebihan fosforus yang lazimnya diperolehi daripada sumber daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas.

http://www.kateginting.com/2017/10/tips-kurangkan-kejang-semasa-mengandung.html

Bagaimana cara atasi masalah kejang kaki semasa mengandung?

✔ Lakukan senaman regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
✔ Urut otot yang kejang perlahan-lahan sehingga kejang berkurang dan hilang.
✔ Berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
✔ Mandi air suam dan letakkan botol air panas di kawasan otot yang kejang.

Tips untuk mengelakkan kejang kaki semasa mengandung

👉 Minum air yang cukup.
👉 Alas kaki dengan bantal semasa tidur.
👉 Urut otot kaki sebelum tidur.
👉 Pakai stokin sokongan dan memilih kasut yang sesuai dan selesa.
👉 Melakukan senaman regangan otot sebelum tidur dan menjalankan senaman yoga.
👉 Ambil kalsium dan magnesium tambahan sebelum tidur.

KALSIUM sangat penting untuk ibu hamil. Ibu hamil memerlukan 1200mg kalsium setiap hari untuk pembentukan tulang bayi, juga penting untuk memelihara tulang dan gigi ibu.

Nak dapatkan kalsium ostematrix Shaklee untuk isteri anda?

Ostematrix berharga RM61.25 sebotol sahaja (Belum termasuk kos pos). Anda boleh dapatkan Ostematrix secara online di laman eSell (klik sini). Produk akan dihantar selepas pembayaran lengkap diterima.

Atau, anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah untuk maklumat lanjut.

Baca: Osteopenia: Tanda Awal Tulang Rapuh Osteoporosis
Baca: Sembelit dan Busir hilang Selepas 3 hari

DISCLAIMERThese statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai.Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produkmendaftar jadi ahli, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi: 

SMS/WhatsApp: 016-842 5632
Follow Facebook: Kate Ginting

Daftar Ahli Shaklee di "Join Now" (Express Enrolment) untuk mendapat penjimatan harga sehingga 20%.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?