4 Tips Penting Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi

4 Tips Penting Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi | Berikutan saranan untuk mengambil 2-3 hidangan ikan seminggu - terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang baik untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi.

Walaubagaimanapun, tidak semua orang makan ikan secara kerap. Terdapat juga banyak kebimbangan mengenai risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa.

Persoalan yang sering berlegar di fikiran adalah adakah manfaat kesihatan daripada pengambilan ikan adalah lebih penting daripada risiko mengambil ikan yang mengandungi merkuri, plumbum atau toksin lain.

Dengan kebimbangan ini, banyak orang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.

http://www.kateginting.com/2017/11/4-tips-penting-memilih-minyak-ikan-berkualiti-tinggi.html

Apabila memilih minyak ikan yang berkualiti, perhatikan ciri-ciri ini:

#1 Syarikat yang berkualiti

Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

#2 Ketulenan dan Keselamatan

Penyulingan Molekul - proses yang meletakkan ikan di dalam keadaan vakum - membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak. Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.

#3 Ikan kecil atau Ikan Besar?

Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin. Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.

#4 Kelangsungan

Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.

http://www.kateginting.com/2017/11/4-tips-penting-memilih-minyak-ikan-berkualiti-tinggi.html

Suplemen Minyak Ikan Terbaik Di Pasaran

Sekarang anda dah faham mengapa pengambilan suplemen minyak ikan berkualiti tinggi penting untuk menyokong keperluan  EPA / DHA yang mencukupi dalam badan anda, kan?

Jadi, mari saya perkenalkan minyak ikan yang terbaik di pasaran, OmegaGuard.


OmegaGuard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. 


Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.

Baca: 26 Kelebihan Omega Guard, Minyak Ikan Terbaik!



Sebotol Minyak Ikan OmegaGuard berharga RM136.25 sahaja (Belum termasuk kos pos). Anda boleh dapatkan Minyak Ikan OmegaGuard secara online di laman eSell (klik sini). Produk akan dihantar selepas pembayaran lengkap diterima.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Daftar Ahli Shaklee di "Join Now" (Express Enrolment) untuk mendapat penjimatan harga sehingga 20%.

Popular posts from this blog

IDEA MENU MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Perut Sering Mengeras Ketika Hamil?

Menu Diet Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM