6 Mitos Imuniti Terbongkar | Bila
baca atau sebut perkataan Imuniti mesti ramai yang beranggapan bahawa imuniti
itu adalah ketahanan badan untuk melawan penyakit. Hari ini saya nak kongsi 6
mitos imuniti terbongkar.
Tapi
sebelum itu mari kita ketahui apa itu imuniti. Imuniti
berkebolehan untuk melawan kerosakan daripada benda asing seperti
microorganisma(virus,bakteria,fungal dan lain lain) dan kimia berbahaya seperti
toksin yang dilepaskan oleh mikroorganisma. imuniti adalah sisitem pertahanan
kedua selepas kulit.
6 Mitos Imuniti Terbongkar
Mitos #1: Kebasahan
dalam hujan akan membuatkan anda sakit
Fakta: Tiada
bukti yang menunjukkan bahawa cuaca sejuk menyebabkan seseorang boleh mendapat
selsema atau sakit kerana sains moden tidak mampu untuk menunjukkan adanya
hubungan di antara dua perkara tersebut. Apabila tiada bukti bukti sains yang
kukuh, perkara ini dikaitkan dengan kisah dongeng yang diwarisi dari nenek
moyang kita.
Mitos #2: Selsema
ialah virus, sejuk ialah bakteria
Fakta: Kedua-dua
sejuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Fakta yang menarik: Terdapat
lebih daripada 200 jenis virus sejuk yang unik (rhinovirus adalah yang paling
biasa) dan virus selsema sentiasa berubah setiap tahun. Oleh yang demikian,
adalah penting untuk mempastikan bahawa system imun adalah di tahap yang
terbaik.
Mitos #3: Selsema
tidak berbahaya
Fakta: Menurut
Centers for Disease Control and Prevention (CDC), angka orang yang mati disebabkan
oleh selsema mencecah 49,000 pada setiap tahun (bergantung kepada tahap
kesakitan, penyebaran dan jenis-jenis virus selsema). Di Malaysia, bayi di
bawah umur satu tahun dan juga warga emas yang berusia lebih 65 tahun berada
dalam kumpulan berisiko tinggi. Wanita-wanita hamil, serta orang-orang yang
gemuk atau yang mempunyai sistem imun yang lemah juga merupakan sebahagian
daripada kumpulan berisiko tinggi. Menariknya, selsema yang biasa jarang
memudaratkan – kecuali ia boleh menyebabkan kepada jangkitan-jangkitan yang
lebih serius.
Mitos #4: Antibiotik
membantu merawat sejuk atau selsema
Fakta: Memandangkan
kedua-dua sejuk dan selsema adalah hasil serangan virus, antibiotik tidak dapat
membantu mengurangkan kesakitan atau tempoh masa jangkitan itu. Walau
bagaimanapun, antibiotik yang diberikan adalah berkesan untuk merawat jangkitan
bakteria sekunder seperti resdung, jangkitan telinga, bronkitis dan lain-lain
jangkitan yang disebabkan oleh sejuk atau selsema.
Mitos #5: Selepas
sekali mendapat selsema, anda tidak akan menghidapinya lagi untuk musim atau
tempoh itu
Fakta: Anda
tidak akan mendapat selsema yang sama sebaik sahaja anda telah mengalaminya,
tetapi itu tidak bermakna bahawa anda akan tidak menjadi mangsa kepada virus
sejuk yang lain. Terdapat beberapa jenis virus sejuk dan selsema yang beredar
di udara dan tidak mustahil untuk anda menjadi imun untuk sementara waktu tetapi
masih boleh dijangkiti dengan penyakit yang lain.
Mitos #6: Anda
hanya boleh berjangkit apabila mempunyai tanda-tanda sejuk atau selsema
Fakta: Mitos!
Apabila anda dalam keadaan sejuk, anda sangat mudah dijangkiti pada tiga hari
pertama (terutamanya semasa fasa sakit tekak) dan anda akan menyebarkan virus
antara lima hingga tujuh hari dari hari pertama menghidapi selsema. Virus ini
boleh disebarkan apabila anda menyentuh hidung serta mulut dan kemudiannya menyentuh
permukaan lain seperti tombol pintu dan telefon bahkan melalui batuk atau
bersin.
DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation,
diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website
have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any
medical related advice, contact your physician promptly.
Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah Permai. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.
Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp: +60168425632 (WhatsApp sahaja)
Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now" dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.
No comments:
Post a comment