❀ Selamat Datang | Saya Kate | Shaklee Independent Distributor ID:944001 | Jika inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan, sila hubungi saya - 016 842 5632 | Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀

Tuesday, 20 February 2018

Tips Untuk Membantu Anak Bersedia Ke Sekolah Setiap Hari

Tips Untuk Membantu Anak Bersedia Ke Sekolah Setiap HariCuti sekolah sudah berakhir dan tiba masanya untuk kembali ke sekolah. Adakah anda bersedia untuk kembali ke sekolah?

http://www.kateginting.com/2018/02/tips-untuk-membantu-anak-bersedia-ke-sekolah-setiap-hari.html

Bagi sesetengah orang, ianya saat yang mengujakan tetapi bagi orang lain, ianya suatu tekanan. Persediaan untuk ke sekolah melibatkan pembelian alatan persekolahan yang betul, membeli pakaian seragam sekolah, persediaan mental dan fizikal, rehat yang cukup serta mengamalkan sikap yang positif. Lengkapi anak anda dengan permulaan hidup yang terbaik dan bantu mereka untuk bersedia ke sekolah setiap hari. 

Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana.

#1 Persediaan Adalah Penting

Sediakan pakaian sekolah dan kemas beg bersama mereka pada malam sebelumnya supaya mereka tidak tertinggal pakaian pendidikan jasmani mereka, buku latihan sains atau buku teks matematik. Dengan persediaan ini anak anda mempunyai lebih banyak masa pada waktu pagi, menggalakkan emosi yang positif untuk bersiap sedia ke sekolah.

http://www.kateginting.com/2018/02/tips-untuk-membantu-anak-bersedia-ke-sekolah-setiap-hari.html

#2 Bersedia Dari Segi  Mental & Fizikal

Dengan kekal aktif setiap hari, anak anda boleh mempelajari pelajaran di dalam kelas dengan lebih baik dan lebih fokus berbanding mereka yang menghabiskan hari di dalam rumah dan bersantai. Anak-anak anda juga terbiasa dengan rutin dinamik, merangsang otak dan menggalakkan pembangunan otot.

#3 Tidur Sekurang-Kurangnya 8 Jam

Anak anda perlukan lebih masa berehat semasa membesar. Mulakan dengan menjaga jadual tidur supaya anak anda dapat menyesuaikan diri dengan rutin baru. Elakkan alat elektronik atau televisyen sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur supaya anak anda boleh tidur dengan lebih baik. Dengan rehat yang cukup, anak anda akan bangun berasa segar, cukup rehat dan bersedia untuk hari itu.

#4 Makan Sarapan Pagi Yang Berkhasiat & Sihat

Peribahasa sarapan pagi adalah hidangan yang terpenting adalah benar kerana ia membekalkan anak anda dengan nutrisi yang betul untuk menjadikannya bertenaga, sihat dan gembira. Pilih makanan yang kaya dengan bijirin, serat dan protin untuk meningkatkan fokus, tumpuan dan memori. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk memberi anak anda makan terutama jika mereka memilih makanan. Apabila mereka tidak makan atau tidak boleh makan mengikut hidangan yang disyorkan, beralihlah kepada suplemen untuk mengurangkan jurang nutrien. Pilih Shaklee Vita-Lea® for Children, lengkap dengan 18 vitamin dan mineral penting, memberikan spectrum mikronutrien yang luas untuk kekal kuat dan sihat.

http://www.kateginting.com/2018/02/tips-untuk-membantu-anak-bersedia-ke-sekolah-setiap-hari.html

#5 Galakkan Anak-Anak Bergembira

Anak anda memulakan tahun baru dengan persekitaran baru dan kawan-kawan baru. Bersama mengatasi kebimbangan mereka, dorong mereka untuk bergembira di sekolah dan mempamerkan senyuman terbaik sepanjang hari.

Nak order vitamin Shaklee?

WhatsApp kami di 016-8425632 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Kate Ginting untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.