❀ Selamat Datang | Saya Kate | Shaklee Independent Distributor ID:944001 | Jika inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan, sila hubungi saya - 016 842 5632 | Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀

Monday, 5 March 2018

Pengalaman sendiri: Bayi 1 Tahun Kurang Darah Merah Atau Anemia

Hai.. Hari ini baru ada kesempatan nak kongsi pengalaman saya pasal anak kedua didiagnosis anemia. Memang tak pernah sangka dan tak pernah dengar sebelum ni bayi umur setahun boleh kena anemia. 

Sebelum tu saya nak kongsi apa itu anemia. 

Anemia ialah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Terdapat banyak jenis anemia dan iron deficiency atau anemia disebabkan kekurangan zat besi adalah yang paling sering berlaku di kalangan kanak-kanak.

Ceritanya bermula apabila Eden demam mengalami demam yang berpanjangan. Dia start demam pada 21/12/2017. Suhu pun turun naik (37.5-39.8). Memang banyak cara saya buat untuk kurangkan panas badan dia. Ubat kampung dan ubat hospital. Paracetamol pun setiap 6 jam. Lepas minum ubat suhu turun, tapi tak lama tu naik balik.


Oh ya, sebelum dia memang ada selsema terjangkit dengan kakaknya. Pada masa tu juga telinga keluar cecair, bernanah. Kedua belah telinga. Review setiap minggu dengan Hospital Tuaran. Then, selepas 2 minggu ulang alik ke hospital, telinga dah ok. Itu pun selepas doktor bagi ubat yang kuat sikit antibiotik. 

Selepas itu, demam pula datang. Banyak betul dugaan. Sembuh 1 penyakit, datang lagi satu. Kasihan my Eden.

Pada 24/12/2017, saya start bagi dia ubat masuk punggung. Masih juga sama, suhu turun naik. Eden walaupun sakit demam, masih juga aktif. Tapi makan memang kurang. Syukur juga dia masih kuat menyusu. Malam-malam sebelum tidur tu memang dia akan main-main, tapi bila suhu badan dia dah mula panas, sana lah dia start menangis, merenggek. 

Sehingga lah pada subuh 26/12/2017, jam1 pagi dia menangis tak berhenti. Kita pun risau. Terus bawa adik pergi hospital, emergency. 

Sampai sana nurse suruh lap badan, kena bagi ubat demam masuk punggung. Kena cek semua tekanan darah, nafas, kena ambil darah dan x-ray. 

Keputusannya..

"Mama kena masuk wad ni. Anak mama nafas laju dan ada sedikit jangkitan kuman pada paru-paru. Dan kurang darah.."

Macam mau menangis ja bila dengar penjelasan doktor cina. 'Sorry, sayang adik,' dalam hati saya sambil peluk Eden yang tengah menyusu.

http://www.kateginting.com/2018/03/pengalaman-sendiri-bayi-1-tahun-kurang-darah-merah-atau-anemia.html

Then doktor tanya pemakanan Eden macam mana, cukup bulan kah tidak, ada masalah masa lahir kah tidak. Semua ditanya. Eden memang lahir cukup bulan, dan tak ada masalah kecuali time umur 3 bulan dia pernah masuk wad sebab muntah-muntah atau GERD. Selepas doktor bagitahu masalah Eden, nah terus search di internet masalah anemia, jangkitan kuman, kurang darah, thalasemia, leukimia. Macam-macam bermain dalam fikiran pasal kurang darah.


http://www.kateginting.com/2018/03/pengalaman-sendiri-bayi-1-tahun-kurang-darah-merah-atau-anemia.html

Pagi jam 8 tu, kami masuk wad.. Eden kena pasang oksigen di hidung dan on antibotik yang suntik setiap 8 jam. Masa tu juga dia kena bagi ubat multivitmin untuk naikkan selera makan dan juga ubat demam. 

Masa dalam wad tu, Eden banyak kali kena ambil darah, untuk cek masalah sebenar. Keputusan pertama tu doktor ada cakap darah Eden kotor, tapi kena suruh cek balik sebab ada kemungkinan bukan darah dia yang kotor tapi cara semasa pengambilan darah tak berapa bersih. 


http://www.kateginting.com/2018/03/pengalaman-sendiri-bayi-1-tahun-kurang-darah-merah-atau-anemia.html

Syukur, pada 31/12/2017 kami keluar wad dan kena bagi ubat tambah darah. Tapi sebelum tu, Eden kena ambil darah lagi untuk dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas dan Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan Thalasemia.

Syukur, bacaan sel darah merah (HBC) Eden makin naik dari 7.8 --> 9.8 (Selepas seminggu) --> 11.9 (Selepas sebulan). Dan doktor pun cakap Eden cuma kurang zat besi. Lain-lain darah semua normal. Syukur..

Nanti next entry saya sambung pula pemakanan untuk naikkan hemoglobin.

Follow Kate Ginting untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

DISCLAIMER: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee anda di TELIPOK, Pekan Nabalu, Tamparuli, Tuaran, Putera Jaya, Sepanggar dan Indah PermaiPenghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. 

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: +60168425632 (WhatsApp sahaja)

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now"
 dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.