Resepi Ikan Masak Sos Yang Senang | Hai, hari ini saya nak share satu resepi untuk korang.
Ikan Masak Sos
Bahan - Bahan:
Seekor ikan merah
2 Sudu sos cili
3 Sudu sos tomato
2 Ulas bawang merah
3 Ulas awang putih
1/3 potong Lobak
Sepotong Nenas
1 Tangkai saderi
1cm halia
Cara Memasak Ikan:
1. Bersihkan ikan dan letak garam atau secukup rasa.
2. Goreng sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
Cara Memasak Sos
1. Tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Selepas tu masukkan lobak dan nenas. Biarkan beberapa minit.
3. Selepas tu, masukkan sos cili dan sos tomato.
4. Tambah sedikit air untuk dapatkan kuah yang sedikit cair. Tambah secukup rasa.
6. Masukkan saderi yang telah dipotong kecil.
7. Dah siap, tuang sos ke dalam ikan yang digoreng tadi.
Tada..

Korang cuba lah. Sedap tau.
No comments:
Post a comment