❀ Selamat Datang | Saya Kate | Shaklee Independent Distributor ID:944001 | Jika inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan, sila hubungi saya - 016 842 5632 | Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀

Monday, 14 May 2018

Asid Lemak Omega-3 Adalah Lemak Yang Tidak Menggemukkan

Asid Lemak Omega-3 Adalah Lemak Yang Tidak Menggemukkan | Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia, seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi. Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?

Asid Lemak Omega-3 Adalah Lemak Yang Tidak Menggemukkan

Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini!

#1 Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat

Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:
  • Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari.
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak.
  • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.
  • Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.
#2 Menyeimbangkan Rasa Kenyang

Dua hormon utama - ghrelin, dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan:
  • Meningkatkan rasa kenyang - anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan.
#3 Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan:
  • Meningkatkan kepekaan insulin badan - semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.
#4 Mengurangkan Tekanan

Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.

Kenapa Perlu Omega-3?

Omega 3 merupakan nutrien yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Oleh itu adalah penting untuk mendapatkan Omega 3 dari pemakanan sebagai sumber Omega 3.

http://www.kateginting.com/2018/05/asid-lemak-omega-3-adalah-lemak-yang-tidak-menggemukkan.html

Pengambilan suplemen minyak ikan Omega 3 adalah pilihan terbaik bagi anda yang sukar untuk mendapatkan jumlah asid lemak Omega 3 yang mencukupi daripada makanan harian anda. 


Seorang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000mg minyak ikan sehari.

Anda ingin dapatkan Asid Lemak Omega-3 untuk insan tersayang?

Klik SINI!    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=68d81d226e2ccf091d0c717f5ce9ded4

DISCLAIMER: Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

WhatsApp kami di 016-8425632 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Kate Ginting untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.