Kolagen – Bukan Hanya untuk Kulit | Kolagen dikenali sebagai suplemen untuk kulit. Penggunannya dalam pelbaga bentuk produk kecantikan dan rawatan mampu menjadikan kulit cantik tanpa cela.
7 Manfaat Kolagen Untuk Kesihatan
Sebagai makanan semulajadi yang berkesan, ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan secara menyeluruh.
#1 Menyokong Kesihatan Otak
Neuron di dalam otak adalah sumber kaya kolagen. Peningkatan kolagen membantu:
• Membentuk lapisan pelindung untuk memerangi protein amyloid-beta, yang dianggap menyebabkan penyakit Alzheimer.
• Mengurangkan risiko degenerasi otak
#2 Menyokong Kesihatan Tulang Belakang
• Mengurangkan sakit tulang belakang.
• Menyokong kekuatan otot belakang dengan menyokong kesihatan rawan.
#3 Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular
Arteri yang keras dan tersumbat dikaitkan dengan risiko serangan jantung dan strok yang lebih tinggi.
Kajian mendapati bahawa:
• Asid amino, proline di dalam kolagen membantu dinding arteri mengeluarkan pengumpulan lemak dalam aliran darah dan meminimumkan pengumpulan lemak.
• Suplemen kolagen membantu mengurangkan nisbah kolesterol dan indeks kardio vaskular, yang mengesan pengerasan arteri, meningkatkan kesihatan jantung.
#4 Meningkatkan Kesihatan Kulit
30% protein di dalam badan anda adalah kolagen. Ia memegang sel kulit bersama-sama, memastikan ikatan bahagian dalam dan luar kulit tetap kuat.
Kajian menunjukkan bahawa kolagen membantu:
• Memberikan peningkatan yang ketara dalam keanjalan, kelembapan dan tahap kekeringan.
• Meningkatkan sintesis kolagen dalam masa empat minggu.
• Meningkatkan tahap penghidratan kulit dalam lapan minggu.
#5 Meningkatkan Kesihatan Penghadaman
Tekanan, diet yang tidak seimbang, kurang senaman dan gaya hidup yang tidak aktif boleh menjejaskan keseimbangan semulajadi usus.
Kolagen membantu:
• Mengurangkan keradangan pada lapisan dalam perut, melindungi dari kerosakan.
• Menampung air di dalam usus, membantu makanan bergerak melalui saluran penghadaman dengan lebih lancar.
#6 Menggalakkan kesihatan Rambut dan Kuku
Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk mendapatkan kekuatan dan keanjalan.
Kolagen membantu:
• Membantu penyerapan nutrien pada kulit kepala untuk menyokong kelembapan rambut dan mengurangkan rambut bercabang di hujung agar ia tetap berkilau.
• Membina semula struktur dalaman kuku supaya ia tumbuh sihat, kuku lebih kuat dan tidak mudah pecah.
#7 Menyokong Kesihatan Sendi dan Tulang
Sekiranya anda menjalani gaya hidup aktif atau jika kerja anda memerlukan anda duduk atau berdiri sepanjang hari, anda mungkin mengalami sakit sendi akibat penggunaan yang berterusan.
Kolagen membantu untuk:
• Menyokong dan melindungi kesihatan sendi terutama dikalangan mereka yang menunjukkan tanda awal radang sendi.
• Melambatkan kemerosotan sendi dan mengurangkan sakit lutut dan ketegangan bagi menyokong keselesaan sendi, fleksibiliti dan mobiliti.
• Membina ketumpatan tulang, menggalakkan pembentukan tulang yang sihat dan menguatkan tulang.
Jadi sekarang anda fahamkan kenapa ramai sangat orang sukakan kolaagen Shaklee?
Jangan anggap kolagen Shaklee sama seperti produk daripada syarikat lain. Tak sama langsung kerana Shaklee beri lebih lagi!
DISCLAIMER:
Any statements in this website have not been evaluated by the Food and Drug
Administration. Products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent
any disease.
Nak Dapatkan Vitamin Shaklee?
No comments:
Post a Comment